Bahasa Seni Visual

UNSUR SENI

  • Garisan
  • Warna
  • Jalinan
  • Rupa
  • Bentuk
  • Ruang

PRINSIP REKAAN

  • Harmoni
  • Kontra
  • Penegasan
  • Kepelbagaian
  • Kesatuan
  • Imbangan
  • Ritma dan Pergerakan
UNSUR SENI

1) GARISAN

  • Garisan merupakan cantuman titik-titik yang bersambungan atau mempunyai jarak tertentu.
  • Garisan memainkan peranan yang amat penting dalam mewujudkan rupa, bentuk, jalinan, pergerakan, ton dan corak.
  • Garisan wujud pada alam sekeliling, baik pada alam semulajadi, alam benda , flora mahu pun fauna.
  • Terdapat pelbagai jenis garisan seperti garisan putus-putus, garisan tebal, garisan nipis, garisan berduri, garisan beralun dan pelbagai lagi.
CONTOH-CONTOH GARISAN





2) RUPA
  • Rupa ialah imej yang bersifat rata.  Permukaan rupa adalah kosong dan ini menjelaskan rupa bersifat dua dimensi.
  • Rupa merupakan sambunan penghujung garisan ke titik permulaannya.
  • Rupa tiada jisim dan hanya mempunyai satu permukaan sahaja.
  • Rupa terbahagi kepada dua iaitu :-
        i)  Rupa geometri
        ii) Rupa organik




3) BENTUK
  • Imej atau objek yang bersifat tiga dimensi.
  • Bentuk ialah merupakan objek yang mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan mempunyai permukaan yang lebih daripada satu.
  • Bentuk terbahagi kepada dua iaitu :-
         i)  Bentuk konkrit
         ii) Bentuk Ilusi



4)  JALINAN
  • Nilai permukaan pada objek boleh dialami dengan cara melihat dan menyentuh.
  • Jalinan bermaksud kesan yang terdapat dalam sesuatu permukaan objek.
  • Jalinan terbahagi kepada dua iaitu :-
       i)  Jalinan sentuh
      ii)  Jalinan tampak



4)  RUANG
  • Ruang ialah kawasan kosong yang terdapat dalam sesuatu objek ataupun jarak yang ada pada di antara kedua-dua objek dalam sesebuah karya seni.
  • Ruang mudah diwujudkan dalam menggunakan garisan grid perspektif.
  • Ruang terbahagi kepada dua iaitu :-
         i)  Ruang nyata
         ii) Ruang ilusi



4)  RUANG
  • Ruang ialah kawasan kosong yang terdapat dalam sesuatu objek ataupun jarak yang ada pada di antara kedua-dua objek dalam sesebuah karya seni.
  • Ruang mudah diwujudkan dalam menggunakan garisan grid perspektif.
  • Ruang terbahagi kepada dua iaitu :
         i)   Ruang nyata
         ii)  Ruang ilusi


6) WARNA

  • Warna memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana yang tidak bosan.
  • Warna dapat menunjukan perasaan seseorang pelukis semasa menggunakan jenis-jenis warna dalam penghasilan lukisan.
  • Warna merupakan elemen yang amat penting dalam bidang seni visual.




PRINSIP REKAAN

1)  HARMONI

  • Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai.
  • Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang.
  • Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah.

2)  KONTRA

  • Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan.
  • Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan.
  • Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan.

1 ulasan:

  1. Maklumat ini saya terima sewaktu menghadiri Kursus KSSR DSV Tahun 3 pada 19 hingga 22 September yang lepas di PKG Mambau, Negeri Sembilan

    BalasPadam